Ejawi Versi 3 Ejawi™Online Ejawi™OnCD SMS InJawi ENGLISH | MALAY | جاوي

Ejawi™Online 2.2
Penukar Aksara Rumi ke Tulisan Jawi Secara Atas Talian
Panduan Pengguna:
1. Masukkan teks dipetak sebelah. Klik butang Tukar untuk mendapatkan hasil penukaran ke tulisan jawi.
3. Font (Jenis Tulisan) yang menyokong format ejawi ini adalah Tahoma, Microsoft Sans Serif, Arabic Typesetting. Bagi font jenis Arial dan Times New Roman, hanya mereka yang menggunakan Windows XP SP2 sahaja yang menyokong. Anda juga boleh muat turun yang yang disediakan di sini seperti ARIAL JAWI (BIASA), ARIAL NASAKH DAN ARABIC TYPESETTING. Semua font ini hanya boleh digunakan bagi tujuan persendirian dan pembelajaran sahaja.
4. Virtual Jawi Keyboard sekiranya komputer anda tidak 'Arabic Enable'. Klik sini
5. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan kerana penggunaan aplikasi di web ini. Sila baca TERMA dan SYARAT penggunaan sebelum menggunakan Ejawi Converter .
Built-in Jawi Editor :
1. Jawi Editor memudahkan anda menulis jawi secara terus tanpa menggunakan fizikal keyboard. Ianya terbina di dalam (built-in) dan boleh terus dipaparkan di dalam teks editor terjemahan.
2. Ianya memudahkan anda menyunting sebarang hasil terjemahan tanpa membuka perisian editor yang lain.
3. Aplikasi ini juga membolehkan anda menaip dengan format RTL (Kanan ke Kiri) atau LTR (Kiri ke Kanan). Anda hanya perlu tik pada petak sebelah Built-in Jawi Editor.
4. Format terbaru bagi keyboard ejawi ialah anda boleh juga memasukkan baris dalam ejawi editor.
5. Converter ini telah ditambah satu ciri baru iaitu anda boleh membuat pilihan samada ingin menukar Nombor roman ke arab atau tidak. Anda hanya perlu tandakan pada checkbox yang disediakan di bawah editor.
Tips dan Teknik Penukaran Ejawi :
1

Penukaran huruf demi huruf
Singkatan bagi Universiti Malaya (UM), anda hanya perlu menambah tanda tambah "+" dihadapan huruf tersebut.
Contoh : +U +M

2. Penukaran Nombor
telah disetkan kepada nombor arab. Sekiranya anda ingin kekalkan nombor dalam nombor 1, 2, 3... sila masukkan 2 tanda tambah (+) dihadapan setiap nombor tersebut.
Contoh : ++1 ++2 ++3
3. Gabungan perkataan Arab
Seperti ABDUL dan AIDIL, anda perlu menulis secara menyambung untuk mendapat hasil penukar yang betul.
Contoh : ABDULRAHIM, AIDILFITRI.
Kemaskini : Perkataan Al, Abdul, Aidil secara automatik akan dicantumkan dengan pekataan selepasnya.
4. Berdasarkan sebutan bunyi bahasa Melayu.
Oleh itu bagi penukaran bahasa INGGERIS DAN ARAB ke jawi adalah tidak tepat.
Contohnya huruf C.
5. Campuran tulisan rumi dan jawi
apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menambah 2 simbol bintang (**) dihadapan setiap patah perkataan yang anda ingin kekalkan huruf rumi (huruf besar).
Contoh : **U**N**I**M**A**S = UNIMAS.
6. Campuran tulisan rumi dan jawi
apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menambah simbol bintang (*) dihadapan setiap patah perkataan yang anda ingin kekalkan huruf rumi (huruf kecil).
Contoh : *e*j*a*w*i.*n*e*t = ejawi.net.
7. Ejawi Converter hanya akan menukarkan tulisan rumi ke jawi, apabila huruf jawi dimasukkan, output yang dikeluarkan adalah sama dengan input jawi yang dimasukkan.
8. Teknik yang digunakan di sini adalah sama sahaja sekiranya anda membalas mesej di FORUM KOMUNITI EJAWI.
10. Menukar kata serapan (asal dari bahasa Arab) biasanya tidak diterjemahkan seperti yang dikehendaki kerana ia tidak mengikut sebutan bahasa Melayu. Hanya perkataan yang telah ditambah oleh webmaster sahaja akan dapat diterjemah dengan baik. Bagi ejaan nama anda, ini juga sukar untuk aplikasi ini menerjemah dengan tepat nama sebenar anda sekiranya ejaan nama anda itu telah mempunyai huruf-huruf yang ditambah seperti terdapat 2 ee, ie, hya dan sebagainya kerana ianya tidak biasa terdapat dalam ejaan standard bahasa Melayu.


Programmed by
Nik Muhammad bin Nik Abdul Kadir
ITQAN Network Management & Services
All Rights Reserved © 2006-2014.
Online since 19 March 2006 Ejawi.net
Last updated : 11 Rabiul Akhir 1435H | 11 Februari 2014

Teks Tulisan Rumi di sini :
Built-in Jawi Editor Untick for RTL Tick for Arabic Num

Keputusan Penukaran :
Best viewed with Internet Explorer 6 and 7 (IE). Screen resolution 1280 X 1024