Name : *
Email :
Website :
Message : *
Code S : * Taip KodS
Copy Code S : *
 

NOTE : This comment corner prohibits any of the followings: transmit any unsolicited or unauthorised advertising, promotional materials, junk mail, spam, chain letters, pyramid schemes, or any other form of solicitation, other than those related to the promotion of jawi writing. Thank you.


19/09/2006 00:00:00
Saya suka ini. Ini membantu saya untuk menulis Jawi dengan betul. Selepas itu, muncul tulisan Jawi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Wales.
17.  webmaster 19/09/2006 00:00:00
Huruf F=ف P=ڤ
Berdasarkan pengetahuan saya, kedua2 huruf tersebut adalah merujuk kepada huruf rumi yang berbeza. huruf Pa titik tiga hanya terdapat didalam bahasa melayu untuk bunyi fonem P tetapi tidak dalam bahasa Arab. Sebab itu kalau eja perkataan PERAK sebagai contoh dalam bahasa Arab di gunakan huruf ba' kerana bunyi P dalam bahasa arab tiada. Jawi menggunakan fa titik tiga bagi mewakili huruf 'P'..

Sila kemukakan pandangan sekiranya terdapat sebarang percanggahan..
19/09/2006 00:00:00
Saya ingin bertanya, untuk mengeja perkataan jawi yang ada huruf pa, contoh - serupa, daripada dan lain-lain, kenapa tidak guna pa yang ada satu titik di atas, kerana saya nampak kebanyakannya guna pa yang ada tiga titik di atas seperti ini درڤد
Your Web : http://www.ejawi.net/converter.php
15.  webmaster 18/09/2006 00:00:00
Mengikut standard ejaan DBP, setiap kata gandaan akan diletakkan tanda ٢, oleh itu ianya tidak perlu diulang sebagaimana ejaan rumi... cuma aplikasi ini tidak diprogramkan sedemikian kerana ia hanya menterjemah string (teks) yang dimasukkan dan aplikasi ini bukan dikategorikan sebagai KAMUS. tetapi mungkin kami akan kemaskininya lagi...

Soalan pembuka/penutup kata ?Tolonglah!? ... terima kasih kerana memberitahu kami... nanti kami akan kemeskini segera..
18/09/2006 00:00:00
saya ingin bertanya lagi...

Perkataan dalam rumi, contoh :?Tolonglah!? bila ditukar ke jawi, tanda pembuka kata dan penutup kata akan jadi terbalik. Bagaimana untuk atasi perkara ini ? Terima kasih.

Your Web : http://www.ejawi.net/converter.php
18/09/2006 00:00:00
Ingin bertanya, perkataan seperti "tiap-tiap", "tiba-tiba" dan sebagainya yang berganda, bila ditukar ke jawi, sepatutnya bagaimana bentuknya? Adakah ada huruf 2 dalam jawi dihujung perkataan itu atau ada sempang di tengah-tengahnya? mohon kepastian.

terima kasih.

Your Web : http://www.ejawi.net/converter.php
17/09/2006 00:00:00
Sila lihat dalam website ini http://www.qatrunnada.net tapi berbayar lebihkurang RM35.00 . Saya sudahpun memilikinya dengan pemberian cd al-quran percuma 30 juzuk. Terdapat beberapa font jawi yang disediakan dan mengikut format Microsot Word.
Your Web : http://www.qatrunnada.net
11.  nickiz 14/09/2006 00:00:00
وعليكم السلام
Memang dalam perancangan. Maklum balas setakat ini pun ramai yang mengesyorkan agar dibuat dalam bentuk standalone(installer)... cuma setakat ini masa tidak mengizinkan. Paling awal pun mungkin tahun depan. Kalau boleh saya ingin perkemas dahulu aplikasi online ini sehingga ke versi 2.0 .. masih banyak ejaan yang tidak tepat... tapi saya yakin akan ada insan2 lain yang akan membangunkan versi installer tersebut... mungkin pihak kementerian sendiri..
10.  muhammad syukur sapuan 14/09/2006 00:00:00
assalamualaikum...
terima kasih kerana membina laman penterjemahan ejaan rumi-jawi ini...
hmm, tiada ke sistem yang untuk di install terus ke komputer...

harap mendapat perhatian daripada tuan moderator yang bijaksana... terima kasih...
9.  nickiz 14/09/2006 00:00:00
Begitu guna dengan perkataan yang mengandungi perkataan ABDUL di hadapan. Perlu didekatkan dengan perkataan selepasnya. Cth : ABDULWAHAB, ABDULGHANI, ABDULRAHMAN
Previous | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | ... | 510 | 511 | 512 | 513 Next
TOTAL : 5111-5120 | 5128