Ejawi Transliterasi

Teks yang perlu ditransliterasi Keputusan hasil transliterasi
Papar Papan Kekunci Maya

Panduan Penggunaan

Manual

Masukkan teks dipetak sebelah. Klik butang Tukar untuk mendapatkan hasil penukaran ke tulisan jawi.

Sekiranya anda tidak mempunyai ADD-ON keyboard jawi, sila download di sini (penambahan kekunci bagi baris. Anda hanya perlu tekan butang ALT+CTRL+KEKUNCI simbol baris. SHIFT bagi penukaran huruf jawi/arab. Nombor juga telah ditukar kepada nombor arab. Nombor Roman anda boleh guna keypad). Manual Pemasangan boleh dilihat di sini.

Font (Jenis Tulisan) yang menyokong format ejawi ini adalah Tahoma, Microsoft Sans Serif, Arabic Typesetting. Bagi font jenis Arial dan Times New Roman, hanya mereka yang menggunakan Windows XP SP2 sahaja yang menyokong. Anda juga boleh muat turun font yang disediakan di sini iaitu ARABIC TYPESETTING. Font ARIAL JAWI dan ARIAL NASAKH yang digunakan sebelum ini dimansuhkan disebabkan terdapat bug pada beberapa huruf. Semua font ini hanya boleh digunakan bagi tujuan persendirian dan pembelajaran sahaja.

Virtual Jawi Keyboard disediakan sekiranya komputer anda tidak 'Arabic Enable'.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan kerana penggunaan aplikasi di web ini. Sila baca TERMA dan SYARAT penggunaan sebelum menggunakan Ejawi Converter .

Papan Kekunci Maya

Jawi Editor memudahkan anda menulis jawi secara terus tanpa menggunakan fizikal keyboard. Ianya terbina di dalam (built-in) dan boleh terus dipaparkan di dalam teks editor terjemahan.

Ianya memudahkan anda menyunting sebarang hasil terjemahan tanpa membuka perisian editor yang lain.

Aplikasi ini juga membolehkan anda menaip dengan format RTL (Kanan ke Kiri) atau LTR (Kiri ke Kanan) secara automatik apabila anda membuka virtual keyboard dan memilih keyboard jawi atau arab.

Versi ini anda boleh memilih sama ada menggunakan keyboard jawi atau arab. Oleh yang demikian, bagi menggunakan tanda baris bahasa arab, anda boleh menukar ke keyboard arab.

Teknik Dalam Penukaran

Penukaran huruf demi huruf
Singkatan bagi Universiti Malaya (UM), anda hanya perlu menambah tanda tambah "+" dihadapan huruf tersebut.
Contoh : +U +M

Penukaran Nombor
telah disetkan kepada nombor arab. Sekiranya anda ingin kekalkan nombor dalam nombor 1, 2, 3... sila masukkan 2 tanda tambah (+) dihadapan setiap nombor tersebut.
Contoh : ++1 ++2 ++3

Gabungan perkataan Arab
Seperti ABDUL dan AIDIL, anda perlu menulis secara menyambung untuk mendapat hasil penukar yang betul.
Contoh : ABDULRAHIM, AIDILFITRI.
Kemaskini : Perkataan Al, Abdul, Aidil secara automatik akan dicantumkan dengan pekataan selepasnya.

Berdasarkan sebutan bunyi bahasa Melayu.
Oleh itu bagi penukaran bahasa INGGERIS DAN ARAB ke jawi adalah tidak tepat.
Contohnya huruf C.

Campuran tulisan rumi dan jawi
apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menambah 2 simbol bintang (**) dihadapan setiap patah perkataan yang anda ingin kekalkan huruf rumi (huruf besar).
Contoh : **U**N**I**M**A**S = UNIMAS.

Campuran tulisan rumi dan jawi
apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menambah simbol bintang (*) dihadapan setiap patah perkataan yang anda ingin kekalkan huruf rumi (huruf kecil).
Contoh : *e*j*a*w*i.*n*e*t = ejawi.net.

Ejawi Converter hanya akan menukarkan tulisan rumi ke jawi, apabila huruf jawi dimasukkan, output yang dikeluarkan adalah sama dengan input jawi yang dimasukkan.

Menukar kata serapan (asal dari bahasa Arab) biasanya tidak diterjemahkan seperti yang dikehendaki kerana ia tidak mengikut sebutan bahasa Melayu. Hanya perkataan yang telah ditambah oleh webmaster sahaja akan dapat diterjemah dengan baik. Bagi ejaan nama anda, ini juga sukar untuk aplikasi ini menerjemah dengan tepat nama sebenar anda sekiranya ejaan nama anda itu telah mempunyai huruf-huruf yang ditambah seperti terdapat 2 ee, ie, hya dan sebagainya kerana ianya tidak biasa terdapat dalam ejaan standard bahasa Melayu.

Terma dan Syarat | Dasar Kerahsiaan | Hubungi | Bantuan W3C | Login

Best viewed with Internet Explorer 6 and 7 (IE). Screen resolution 1024 X 800
Hakcipta terpelihara © 2006-2009. Ejawi.net. Dibangun & disenggara sepenuhnya oleh
Nik Muhammad bin Nik Abdul Kadir

Aplikasi-aplikasi Ejawi disediakan secara percuma untuk semua pengguna yang mengunjungi laman ini. Sebarang penggunaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ejawi. Ejawi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan dan klaim disebabkan penggunaan di laman ini. Sebarang pertanyaan berkenaan penajaan/sponser untuk projek ini, anda boleh terus hubungi pihak Ejawi menerusi emel cmd_safhah [at] yahoo [dot] com