Ejawi™Online Ejawi™OnCD SMS OnJawi

SMS InJawi

Assalamualaikum dan selamat datang ke ruangan SMS InJawi. Untuk pertamanya, mari kita berkenalan dengan ruangan istimewa ini. SMS InJawi bukanlah sebuah aplikasi tetapi ianya hanyalah ruangan tutorial menerangkan bagaimana anda boleh mengirimkan sms anda dalam tulisan jawi. Ruangan ini hanyalah sebagai pengenalan bagi mereka yang belum pernah atau terbayang bahawa sms yang anda gunakan setiap hari boleh juga menggunakan tulisan jawi. Hebat bukan !

Keperluan

Untuk makluman, tidak semua telefon bimbit mampu membaca tulisan jawi. Oleh itu anda perlu merujuk buku manual telefon anda atau wakil syarikat telefon bimbit bagi mengetahui status model telefon anda menyokong charset UNICODE. Di sini saya menggunakan model jenis NOKIA 6070 dan sebuah laptop/pc yang mempunyai alat infraRED untuk menghantar tulisan jawi dari textfile sebagai note ke telefon bimbit anda. Dan yang paling penting adalah web ini :)

Langkah-Langkah

Baiklah, sekarang kita akan masuk ke bab yang ditunggu-tunggu.

  • Buat fail textfile unicode
    • Pertama sekali anda perlu cipta satu fail text. Kaedahnya buatkan satu textfile di desktop. Di skrin desktop anda, anda hanya perlu klik kanan, pilih pilihan menu New>Text Document.
    • Kemudian anda boleh menukar (rename) nama fail tersebut kepada apa-apa nama yang anda kehendaki. Di sini saya akan guna smsonjawi.txt.
    • Selepas itu double click pada fail tesebut. Fail tersebut akan terbuka. Kemudian pada menu File>Save As..
    • Pada kekotak Save As, cari "Encoding" dan setkan kepada UTF-8. Selepas itu, klik Save.
    • Kembali kepada Notepad tersebut, copy dan paste ke dalam notepad tersebut tulisan jawi yang anda telah convert dari Ejawi™ Online / Ejawi™ OnCD.
    • Selepas selesai anda mengemaskini ayat-ayat anda dalam tulisan jawi, anda pun boleh save notepad anda dengan klik pada menu File>Save. Kemudian anda boleh tutup notepad tersebut.
  • Hantar menerusi InfraRED
    • Peringkat kedua pula, kita akan menggunakan kaedah penghantaran InfraRED.
    • Anda perlu letakkan telefon bimbit anda berdekatan dengan sinaran intrared yang terdapat pada laptop/pc anda. Selepas signal penerimaan telah diterima, maka anda pun boleh melakukan pemindahan textfile tulisan jawi tadi ke telefon bimbit anda. Cari fail tersebut di desktop dan klik Send untuk proses penghantaran.
    • Selepas proses penghantaran berjaya, telefon anda akan mengeluarkan bunyi penerimaan sms (nota : sms yang diterima adalah dalam bentuk Note. Oleh itu anda perlu mencarinya di Ruangan Organiser pada telefon bimbit anda. Walau bagaimanapun, setiap model telefon bimbit mungkin berbeza antara satu sama lain. Oleh itu anda perlu merujuk buku manual telefon anda)
  • Tulisan Jawi di Telefon Bimbit Anda
    • Selepas membuka note tersebut, anda akan dapati bahawa teks tersebut dalam tulisan jawi. Sekiranya anda menerima note tersebut dalam keadaan petak-petak, itu menunjukkan telefon anda tidak menyokong charset unicode. Tetapi sekiranya anda teks tersebut dalam tulisan yang tidak boleh dibaca, mungkin charset pada textfile anda tidak tepat. Oleh itu anda perlu perbaiki kembali dengan mengikuti langkah-langkah dari awal.
    • Maka dengan itu anda bolehlah mengirimkan sms kepada rakan-rakan, mak, ayah, datuk, nenek dalam tulisan jawi. Tetapi perlu diingatkan juga bahawa mereka yang menerima sms dalam tulisan jawi juga perlu menyokong charset unicode. Jika tidak paparan kotak-kotak yang akan dipaparkan. Oleh itu anda perlu pastikan terlebih dahulu keupayaan telefon bimbit milik penerima SMS jawi anda.

Jadi, begitulah serba sedikit berkenaan ruangan SMS InJawi. Semoga ianya memberi sedikit sebanyak pengetahuan pada diri saya dan juga anda. Semoga anda berjaya mengikuti langkah-langkah yang diberikan. Wassalam.

Ruangan ini telah disediakan oleh :
Nik Muhammad Nik Abdul Kadir
Webmaster Ejawi.net
19 November 2007
Kota Bharu

 

Home | Forum | Portal | Downloads | Web Links | Article
Best viewed with Internet Explorer 6 and 7 (IE). Screen resolution 1280 X 1024
    

Best Malaysian Sites